Thursday, 9 August 2012

ALHAMDULILLAH ...

Hari ini 20 Ramadan 1433 bersamaan 9 Ogos 2012.
Alhamdulillah, syukur :)
Allah s.w.t masih memberi peluang kepada saya untuk bernafas supaya memperbaiki diri ini dan meminjamkan umur kepada saya untuk terus meningkatkan lagi amal soleh :)




Jutaan terima kasih kepada suma orang yang telah memberi ucapan selamat untuk hari kelahiran saya pada tahun ini di semua laman sesawang yang saya ada mahupun menerusi SMS :) 
Sayang semuanyaaa :D


 
 

Thanks for all warm wishes and prayers :')


Terima kasih jugak kepada semua yang telah memberi kad ucapan dan hadiah untuk hari jadi tahun nih :) Tiada apa yang mampu saya balas jasa dan pengorbanan masa, tenaga, dan wang ringgit anda suma. Hanya ucapan terima kasih dan kiriman doa semoga hidup kalian sentiasa dirahmati dan diredhai Allah s.w.t. Amin :)




oh ya. itu Johny (letak nama orang putih sebab bulu dia kaler putih :p)
Johny suka nak interpremmm haaa =,,=


Saya berharap semoga kebahagian yang saya miliki hari ini akan kekal sampai bila-bila. Semoga saya mendapat keputusan peperiksaan yang membanggakan apabila sambung belajar di Johor nanti untuk buat mama, abah, bang chaq, kak laili dan angah gembira  :)




Semoga saya semakin memperbanyakkan amal ibadat dan tidak lalai pada perintah Allah s.w.t. walau di mana jua saya berada :) 

Berharap dapat menjadi anak yang soleh seterusnya berjaya di dunia dan di akhirat :) 
InsyaAllah :)



err.. abaikan dia -,- dia memang selalu macam tuh -,-





Terima kasih :)



Wednesday, 8 August 2012

LAPAN HARIBULAN LAPAN ...

Assalamualaikum :)
Hee.. Macam yang dah janji dalam post yang lepas, post kali nih nak crita pasal no.8

Yang suka sangat dgan no.8 nih sebab banyak benda maneh2 jadi dalam hidup saya berkaitan dgan no.8. Orang putih cakap 'lucky number' ;D Tambah pulak birthday saya jugak adalah dalam bulan 8. Yeayy!! *Tetiba =,,= *

Satu hari, masa tengah sembang dgan Cik Laila, tetiba tergerak hati nak tanya pasal nombor feveret. Tetiba lagi =,,= tanya laa dia apa suma kan, pastu dia jawab "Lapan"

*bunyi cengkerik*

Darah mengalir deras, adrenalin memuncak laju, jantung menendang hebat tatkala mendengar jawapan itu :O
Macam mana dia tau. Betul ka dia feveret dia sama dengan saya. Kalau betul, #ehsamalah :)

Pastu tanya laa Cik Laila, kenapa dia suka nombor tuh. pastu dia jawab "arrrmm.. errrmm.. irrrmm.. orrrmm.. urrrmm" =,,=
Agak musykil di situ. Pen-tiru. Pengintip a.k.a Stalker Terhebat.
Pastu dia jawab, "sebab birthday kita dua orang dua-dua dalam bulan lapan "
atoooooooo :">


oh ya. gambar nih masa kami mula2 kenal dulu. asalnya gambar saya sorang ja.
saya pakai kemeja biru plain masa nih, sebab nak bagi sokongan untuk Cik Laila sebab hari tuh dia ada watikah pelantikan pengawas. tulis laa nama dia atas A4. Cerbaikk!! :) pastu gambar saya tuh bagi kat Cik Laila. dia suka :D  i wish i can be by your side at that time :')

Beberapa hari lepas tu, dia balas gambar atas tuh kat saya. gigih :') dia pon tangkap gambar gaya yang sama dan cantumkan gambar saya dengan gambar dia. nampak seolah-olah kami diri sebelah menyebelah dan angkat nama masing2 :)
atoooooooooooo :">


Jadi,
Setelah setiap hari ketawa berdekah-dekah,
Setelah beberapa siri kenakan awak sampai dia merajuk
*suruh pujuk letteewwww. manjanyeewww*

Hari nih 19 Ramadan 1433 bersamaan dengan 8.8.2012
Kami menyambut ulangbulan yang ke 8 :)


  • Mintak maaf sebab selalu kacau dengan panggilan telefon walaupun saya cuma nak cakap "I love you" ja.
  • Mintak maaf sebab selalu kacau dengan panggilan video di YM dan skype walaupun saya cuma nak cakap "Haiii !!" ja
  • Mintak maaf sebab selalu buat jenaka walaupun yang ntah apa-apa, saya cuma tak nak biarkan hati awak berduka.
  • Mintak maaf sebab saya hanya mampu ucap selamat pagi dan malam ja, kalau boleh saya nak awak nampak saya bila awak bangun mahupun sebelum tidur :)
  • Mintak maaf sebab saya hanya mampu ucap selamat bersahur dan berbuka ja, kalau boleh saya nak sediakan hidangan bersahur mahupun berbuka walaupun saya tak reti masak. But i promise, i will learn and make you proud. hihi ;)
  • Mintak maaf sebab saya hanya mampu ucap kata-kata semangat bila awak ada peperiksaan dan sebelum pergi sekolah ja, kalau boleh saya nak teman awak masa awak tengah ada peperiksaan agar hilang gemuruh dan buat hari sekolah awak tetap ceria sentiasa :)
  • Mintak maaf sebab saya tak pandai bermadah dengan ayat-ayat manis. Tapi saya
  • Mintak maaf sebab tulisan saya buruk dalam setiap surat yang bagi kat awak. Tangan gigil. Neves. hihi ;)
  • Mintak maaf sebab hadiah yang saya bagi klau awak tak suka. Tapi saya ikhlas :)
  • Mintak maaf sebab kalau saya terlalu tegas dalam pelajaran dengan awak. Saya cuma nak kita berjaya sama-sama di dunia nih :)
  • Mintak maaf sebab kalau saya selalu ingatkan solat awal waktu walupun saya nih pon tak baik mana pon. Saya cuma nak kita berjaya sama-sama di akhirat kelak :)

Mintak maaf sebab saya cintakan awak sepenuh hati saya.
Harap awak tak jemu dan tetap setia tempuh tiap-tiap hari bersama saya.


Happy 8th monthsary, Alia Laila :)
I Love You.





terima kasih :)

Wednesday, 1 August 2012

OGOS DI BULAN RAMADAN ...

Assalamualaikum. haiiii !! :D
Lamanya tak update blog nih. :( setahun lebih :O
lamanya tak ber-belog-ging. awkward.
*bunyi cengkerik* =..=

Tapi hari nih, permulaan bagi bulan yang indah lagi mulia, dengan azam yang baru, tekad yang baru...
secara rasminya blog ini dibuka semula. saya kembali ber-blogging. wiiiiiiiiiiii ^__^
*puuuuuiiiiiihhhhh bukannya ada orang baca pon blog nih* =..=

*terharu ada orang try jugak nak bukak blog nih :') *

Ada yang tanya kenapa bukak untuk invited readers jaa. kenapa tutup blog. dan sebagainya lahh.
err.. sebab.. err..
Sebabnya saya nak tumpu sepenuhnya perhatian kepada pelajaran. klau tak. asyik nak blogging ja haa. saya kan sambung blajar. oh! bagi sapa yang taktau saya sambung blajar mana lepas spm, sila klik SINI 
tambah pulak, kena struggle sikit, insaf result spm, kena laa fokus pelajaran, jadi berhentilah blogging kejap ;) kononnya :P
Cehhh.. padahal pointer teruk jugak. hohoho :)

Err. sebenarnya entry kali nihh, bukannya nak bebel panjang ka apa. Tapi pasal bulan yang berkat dan penuh dengan rahmat nih.
Sedar tak sedar kita dah masuk fasa kedua bulan Ramadan. Fasa keampunan oleh Allah s.w.t. Syukur sangat2 sebab diberi lagi nafas oleh Allah s.w.t untuk bertemu Ramadan lagi tahun nih :') InsyaAllah sama2 kita tingkatkan lagi amalan kita :)


*credit to big bro ;) *

Tambah pulak Ramadan jatuh dalam bulan Ogos pulak. haihhhh. actually no.8 is my lucky number :) klau nak tahu sebab apa, tunggu post mggu depan nahh :)


*err.. errr.. abaikan dia -,- *






terima kasih :)


Saturday, 11 June 2011

CO CWEET !! :">

angin sampaikanlah berita ...


buat dia yang di sana ...


kau bisikkanlah di telinganya ...


bahawa aku cinta kepadanya ...










7 Hari Jatuh Cinta (ost CUN) - Remy Ishak
sedap wooo sora dia.. ahha.. =)

Sunday, 22 May 2011

EMMA WATSON

saya tau awak sedang baca entri nih. ya awak. sila perbetulkan kedudukan spek bingkai putih awak tuh.

bacause this is looooooooooooooooooooooooooooooooooooooonnnggg entry.



entri khas. x tagged nama pon tapi siapa makan coklat, dia tersa manisnya :">






" huiyoo background berbokeh bokeh. hee ;) "

TERHARU 2 MINIT  :">

terharu laaa woii.. check2 inbox tgok ada orang komen kat blog yang baru beusia beberapa hari lagi tuh.. ya. blog yang masih baby :p . baru ja masuk dalam bidang alah nih, teruih dapat komen.. bangga 2 minit lagi =)


eh.. eh.. sat.. satt.. sattttt...

sapa nih ??
soalan first yg ada terlintas kat benak otak saya.. =='
saya pon jadi macam ........

huhhh ?? huhh ?? =='

lepastuhhh bertubi-tubi soalan mai....


"dia nih kawan sekolah rendah aku yg dlu tuh ka ??" "dia ingat aku lagi ?? tapi dia yang mana satu ntah ??" "macam mana dia tau aku baru buat blog??"




ok. saya memang mudah lupa kawan2 sekolah rendah perempuan.. lagi2 yang jarang sembang dan yg hanya senyum dan kata "hai !!" sahaja.. =..=
ok. saya mengaku x reti sembang dgan perempuan yang kurang kenal bila depan2. kelemahan sejak azali. ok diam xpayah gelak. =..=
even classmate perempuan yang betoi2 dok kat blakang meja saya pon, saya x kan mula sembang dlu.. klau sembang pon sebab nak pinjam rubber ka pen ka ja pon.. =='
tapi kalau dah kenal tuh siap laa dia.. sembang x ingat dunia.. HAHA



ok sambung balik.. ahha..
lepas tuh klik la nama dia.. masuk blog dia..
nampak gambaq dia pegang psp.. tapi x brapa jelas muka dia tuh..


"betoi ka dia kawan aku nih??" =='




ok follow blog dia. saya kan peng-ONLINE tegar kat FB.. apa lagi search laaa nama dia..
kawan sekolah rendah, x kan x mau add plak kan.. dah la follow kat blog.. satgi kata sombong plak kan.. =..=
pastu add dia.. esok tuh dia approve.. err.. sebenaqnya dia approve sebab terpaksa :(


hensemmnya usop. cantiknyaa bokeh.

pastu kann.. teruih tgok gambaq2 dia.. DP dia gambaq usop wilcha.. HAHA..
pastu tgok2 bukan kawan skolah rendah saya pon. silap orang. nama yang agak sama rasanya. tapi orang lain rupanya.
pastu nak cover malu pi laa komen gambaq dia yang tengah bergaya dengan dslr nikon tuh.. :)

pastu dia post kat wall saya

" eh hampa yg dekat blog tuu haha :) "




start dari situlahh rasanya berkawan dgn dia..
ya. lepas daripada tuh dia antara orang yang terawal dan selalu komen kat entri2 saya..

TERHARU 5 MINIT !! :">


pastu memandangkan dia nihh nampak cam hebat ja dlm dunia blog nihh, tanya laa mana2 yang xtau kann.. saya budak baru belajar kann tyme tuh :)
lepas pada tuh slalu lahh jugak komen2 kat blog dia :)
pastu kadang2 saya post apa2 status kat FB, satgi dia mai la LIKE..
*jgn cuba nafikan ok.. HAHA
pastu pi kacau2 dia laa tanya pasai pa LIKE.. haha :P


ya ada skali tuh dia tiba2 hantaq mesej kat FB..
dia mintak maaf sebab dia silap cakap.. tapi xtau laa iklaih ka dak kan.. tapi x kesah pon..
HAHA.. lawak laa dia.. pastu saya pon buat teruk laa kan. bagi dia cuak sikit..
pastu denda dia..  saya kata kena tolong saya dalam blog seumur hidup..

" seumur hidup tuh 17 tahun saja lah kan. boleh boleh :D "


ahha.. sejak hari tuh dia selalu laa tolong pasai blog2 nih.. komen2 yang mana yang x sesuai..
pastu dia offerkan diri dia nak buat header blog untuk saya.. pastu dia nak tolong hias2 blog saya..
saya ingat dia melawak jaa..saya pon kata ok ja laa.. saya siap buat2 mintak macam2 lagi kann..
tengok2 malam tuh dia send nihh kat saya......

dia suruh pilih. saya suruh dia pilih untuk saya. HAHA

yaALLAH. dia sampai sketch segala bagai.. tapi setiap sketch ada unsur2 kePERLIan. HAHA
dia betoi2 ambik serius rupanya.. ya malam tuh dia tolong edit mengedit smpai pukoi 3 pagi..
haihhhh.. serius rasa bersalah jugak laa..
ingat nak melawak ja mula2..


ni lahh hasilnya. ehem ehem. :">

dia kata buat sat ja sebenaqnya.. dia kata buat cincai ja.. simple..
ya saya suka bnda2 yg nampak simple.. :)
apa2 pun TERIMA KASIH SANGAT-SANGAT..

sehingga ke hari nih, orang masih tanya macam mana nak buat header macam tuh.
macam mana nak buat macam nih. macam mana nak buat macam tuh. =='
ya. saya x reti suma bnda nih. dia tolong buat semuanya.


dia merupakan orang yang terawal follow di blog. pertama di twitter. pertama di tumblr.
kalau boleh suma dia nak.. HAHA.. :P
dia mintak email nak add dekat YM.. :">
mula2 dia ingat salah add sebab saya reply lambat mesej dia.. haha.. pastu dia macam blur ja dgn sweet IM.. haha.. serius dia lawak..

ada sekali tuh, dia paksa saya bagitau result saya. :(
even kawan2 rapat saya pon sbenaqnya xtau result saya.
dia cakap dia dah kongsi result dia kat saya, saya pon kena kongsi lahh jugak..
akhirnya. ya. saya bagitau result saya kat dia. =='


RARE !! yayang sengau.. HAHA :P

kami selalu kongsi video.
video nih rasanya kami dah ulang tengok banyak kali dah..
kami boleh hafal setiap ayat dalam video nih dan x berhenti gelak :))


dia kata jambu tangan keluar :">

x cukup dengan header, dia tolong edit gambaq saya pulak..
dia CURI.. hahaha.. dia cakap dia saja ja nak try.. ya.. saya upload kat FB as profile picture teruih :">
dia marah.. hahaha..

terlalu banyak persamaan kami. x kisah lahh apa2 pun mesti ada jugak yang sama..
xtau laa pasai apa.. sampai hari nih masih x faham..
adakah memang semuanya kebetulan.. serius terlalu bnyk..

bermula dengan saiz zaman kecik2..

pic kali nih dia yg kna paksa pulak.. HAHA

dia kata kawan baik akan gelak kalau tengok gambaq nih..
ya. memang saya bukan kawan baik dia pon..
saya x gelak pon. kagum. sebab saya pon pernah alami jugak..
ya. dia x kenal siapa AIZAT AMDAN.. hahahaha..

" laa cakap ja la aizat "


padahal sebelum tuh dah bagitau dah kata aizat.. =='
dia suka kalau saya frust.. HAHA.. "funny" katanya :P


dia suka tengok maharaja lawak jugak.
suka sembang pasal ayat2 dalam maharaja lawak. x berhenti gelak..
tapi mula2 dia cakap dia suka JOZAN. saya ingat. jangan cuba nafikan ya :P
saya bagitau saya suka JAMBU.

yus & tauke - JAMBU

tiba2 ada skali tuh, entri dalam blog dia pasal maharaja lawak, dia cakap dia suka JAMBU first pulak.. =='
HAHA.. yg paling lawak susunan kami serius sama.. mungkin no.4 dan no.5 ja berubah-ubah..
ya. dia cakap macam tuh jugak.
ok. mungkin kebetulan lagi ;P


kenal2 lagi.. yang paling penting, dia pon minat fotografi..
ya. dia tau bokeh tuh apa, light trail tuh apa
bnyk2 jugak majalah pasai fotografi dia ada =)

dia teringin sangat nak dslr.
sampai termimpi-mimpi.. HAHA

spongebob tuh kunci scooter kuning diraja  =)

lepas beberapa hari dari mimpi tuh, ayah dia terus belikan dia nikon d3100..
x cukup dgn tuh, accessories pon dia order jugak..
ok. SUMPAH TAK JELES. =..=
syoknyaa diaa..dah la dslr model baru, function2 pon jenis baru dan ada macam2 lagi.. haihhh..

apa lagi.......
malam tuh teruih tunjuk HENSEM dia tuh.. =..=

tangan macho katanya sambil pegang HENSEM

baru beberapa hari ja baru blajaq guna dia boleh buat bokeh dah..
acececececececeececeyyyyyy cekianggggggg.. HAHA..
jgn dok blushing sangatlahh kan :P

dia kata suatu hari nanti dia nak bela.. nak TIRU letteewwww.. :P

orked mak kat luaq rumah :)

dia pun sedang berjinak-jinak dengan light trail dahhh..
amboihhh.. besaq dahh dia la nihh :P

 allen tuh sapa =='

 hampir jadi :) tolong jangan salahkan cahaya torchlight yang kecik :P

dia kata yang nih twinkle2 little star.. sila berpandangan positif :) 

dia kata jangan gelak. sambil buat muka sebek..
nama pun budak baru blajaq. ok la tara nih kann.. nanti dia cekiannngggg pada saya letteewwwww..


ok. dalam ke-MACHO-an dia tuhh, dalam hati ada taman jugak =)
muka ja buat2 legend, hati dia tetap kiut..

ya. bnyk kali jugak buat mata dia berkaca-kaca.
tapi xtau lahh betoi ka dak kan. ntah2 expectation lain reality lain kan.. macam tumblr plak :P
tapi serius saya rasa betul. sebab setiap kali mesti meremang bulu roma saya dan saya pasti saya dah buat dia mata berkaca-kaca.

ada skali tuh dia sedih sangat2 sebab ada masalah dia sniri..
dia cerita dia sedih, dia cerita dia marah, dia cerita dia tak puas hati..
ya. first tyme mendengar masalah peribadi daripada orang lain..
tidak berani kata apa2 sebab tiada pengalaman..
tapi TERkomen jugak. terasa bodoh diriku ketika itu.. memandai-mandai jaa..

semakin cuak dan cuba mengubah topik.
saya bagitau saya tiada lesen.
dia gelak. fuhh lega..
*tapi xtau lahh betoi ka dak.. expectation lain reality lain kan.. :P
dia gelak sebab sblom nih saya ialah GURU MEMANDU dia.. HAHA
dia akan bagitau saya kalau dia lulus dengan bergaya.. haha..

Alhamdulilah. dia dah berbaik semula dah setelah beberapa hari ntah dia ada masalah peribadi tuh..
tumpang gembira. makbul jugak doa kan :')


ya. saya pernah tipu dia.
saya pernah tweet pasal "life is like box of chocolates"..
saya kata saya tgh tgok forest gump..
tapi sebenaqnya saya tgok nihh..

MY LOVELY SAM SOON :)

ya. semua episod saya tgok..
marathon sambil ditemani oat krunch dark chocolate..
dia berjaya mempengaruhi saya.. =)


ada satu malam tuh, saya mintak tolong dia untuk praktis interview..
mintak tolong dia sebab dia kan cekiangggg BI.. moving dictionary lahh katakan =)
tapi saya gtau dia yg saya interview besa2 ja.. saya ingat x dak pa2 lahh kann..

aleh2, ada satu malam tuh pulak, dia marah sebab x gtau dia yang saya interview asasi TESL..
dia kata rasa dikhianati.. :( dia kata terima kasih sebab dia tau daripada orang lain bukannya daripada saya sniri :'(

yaa.. saya diam jaa.. memang salah saya pon.. obviously..
x reti nak pujuk macam mana.. :(

pastu tiba2 dia post nihh kat saya..


dia buat peace. comelsss =)

tyme tuh Tuhan ja tau rasa macam mana..
saya tanya dia klau nak lompat tinggi boleh dak.. haha..
seronoknya malam tuh.. rasa lega ja.. ahha..


suka ayat nih :)

ya. dia banyak buat saya gelak sepanjang 4 bulan nihh..
dia banyak buat saya hepi, gembira, seronok, sumaa laaa kann.. ahha..


paling suka pesanan nih. dah simpan dalam wallet =)


dapat semangat baru untuk sambung belajar.. =)
cuma setahun di sana.. dia dua tahun..
takpa saya tunggu..
kalau ada rezeki lah kan =)


dia dok ajak pi rumah dia.. sebab dah dekat sangat katanya..
makan nasik ayam laa makan kek coklat laa.. haihhh..
dari ari tuh lagi.. no. 652 scooter kuning..
3 orang lepas semayang jumaat.. HAHA
takpa laa TERIMA KASIH sebab ajak.. memang konfem tak pi pon kann..
tapi nanti kalau TERjumpak, janganlaa jerit nahhh.. buat2 xknai satgi kot.. *nada mengugut


sori pasai semalam sebab buat2 x layan. ya saya cuba. tapi serius x boleh.
xtau nak cakap apa dah kecuali TERIMA KASIH, TERIMA KASIH, dan TERIMA KASIH  atas segala-galanya sepanjang 4 bulan kita kenal nih.


err, kami nak bagi gambaq nih, tapi segan..
ok bagi jugak :">
*sambil lari laju2 dgn muka merah

CIKGU ZAKIAH & DAIM


terima kasih :">







Friday, 20 May 2011

UiTM ARAU, HERE I COME ...

UiTM Arau.
diploma sains.
ya. saya datang 22 mei ini.

cuma tinggal hari ini dan esok saja untuk menghabiskan sisa hari2 terakhir sebagai peng-ONLINE tegar.. :)
ya. ramai kawan2 yang dapat sana.
merekalah yang bnyk bantu saya dulu masa dekat hostel.
merekalah yang bnyk buat saya gelak bagai.
merekalah yang saya makan, mandi dan tidur sama2.

ya. mereka cakap mereka akan bantu saya. susah senang sama2 wehh.
walawehhh.. terharu.. HAHA


yaALLAH. x sabaqnya nak pi sana :D





pilihan benar benar menguji diri saya.
saya bagai terpengaruh dengan kawan2, status kedudukan sebagai pelajar U, kesenangan dan kemudahan di sana, keselesaan belajar selama 3 tahun dan x perlu struggle dalam exam.

sejak saya post kat wall FB yang saya akan ke matrik, ramai kawan2 yang melarang saya ke sana..
depa cakap masuklah UiTM sama2.. boleh jadi macam dulu.. study sama2.. suma bnda buat sekali..
depa cakap matriks nih susah. ya. dan nmpak macam lepasan spm yang bersekolah tapi baju ja lain. peraturan still ketat. x payah lahh.. masuk UiTM laaaa.. :)




ya. pagi tadi sebelum solat subuh, saya buat solat istiqarah.
memohon petunjuk dariNYA.
sebab hanya DIA yang tahu apa yang terbaik untuk saya. :)

keputusan telah dibuat. MUKTAMAD.
tiada siapa yang saya dengar lagi.
kecuali suara hati saya.

saya pilih............................




ya. saya pilih untuk ke matrik.
saya pilih untuk belajar di kolej mara kulim selama setahun. sains hayat.
saya dah nekad. ni lahh keputusan saya..
ya. dah mintak maaf dah dgn kawan2 sebab x ikut depa..
klau ada rezeki nanti melawat hampa suma wehhh :)

depa cakap matrik susah woii.. x pyah laaa..
bnda apa yang x payah wehh.. suma bnda payah.. terpaksa laa kita tempuh klau nak berjaya kan..

depa cakap klau ambik diploma 3 tahun. matrik satu tahun.. kena struggle lagi...
ya memang 3 laa 3 tahun.. maknanya ada 6 sem.. kena jaga pointer elok2 wehh.. tara 2 tahun kat mrsm, maknanya 4 sem pon payah dah nk jaga pointer, macam mana pulakk dgn 6 sem..
ya. biar saya struggle sikit.. x da la saya study rilex2 sangat.. insya-ALLAH saya cuba buat yang terbaik..

ya. dekat kolej mara kulim makan free.. ahha
sedikit sebanyak boleh meringankan beban keluarga..
*cewwahh ayat.. bajet gilaa.. HAHA..

dah berbincang dengan cikgu kaunseling dan cikgu2 yang rapat dgn saya.
ya. KOLEJ MARA KULIM pilihan mereka.
mak ayah pon lebih suka jika saya masih di bawah jagaan MARA..
ya. saya suka bila ada yang suka. saya gembira bila ada yang gembira.

23 mei 2011
KOLEJ MARA KULIM
here I come !!!!

*harap2 dapat nasik ayam dengan kek coklat jugak :))

Monday, 16 May 2011

APPLE OF MY EYE ...

TAHUN 1999

ya.mula2 masuk kelas dah menyampah..
CIKGU GARANG !!
mula laa teryak x mau pi dahh kelas.. bagi alasan macam2.. =..=




awat laa mak hantaq pi tadika cina nih ??? =='


pastu dah dapat ramai kawan baru smgat nk blajaq.. cikgu2 pon makin sporting ja semua..
kat tadika nii lahh start pemulaan hidup.. best gilaaa.. CERBAIKKK !!

kat sini lahh blajaq A,B,C, 1,2,3.. blajaq B.Melayu, B.Inggeris, B.Cina..
sampai la nihh ingat lagi semua B.Cina yg cikgu ajaq tuh..
ok tipu. ingat sikit2 ja  :P

blajaq buat origami, men plasticine, mcm2 lagi laa.. pastu dapat anugerah macam2 :)
*sampai hari nih terror buat origami.. eh, rasa macam Daim bin Yahya (juvana) la pulak :P


TERIMA KASIH CIKGU-CIKGU 
TADIKA BUDI INDAH


TAHUN 2000 - 2005

ya. daftar masuk darjah 1 awal. dapat masuk kelas pertama. :)





hari pertama blajaq jawi.. err blurrrrr ==' .. sbb xpernah blajaq jawi..
sebab dulu kan tadika cina..
ceit.. alasan x munasabah.. XD
kelas KAFA slalu xmau pi.. tiap2 hari takut bila blajaq pendidikan islam.. ustazah garang.. :(


* jadi macam ni lahh lebih kurang.. =..=


bnyk bnda yang jadi selama 6 tahun nihh.. macam2 bnda lawak klau ingat balik..
klau nak tau ce cuba try test tengok kat SINI . sila tekan SINI .
dari xtau apa2 pasai jawi, alhamdulillah la nihh tau la jugak suma tuh.. berjaya dengan cemerlang :)




TERIMA KASIH CIKGU-CIKGU
SEKOLAH KEBANGSAAN SULTAN AHMAD TAJUDDIN


TAHUN 2006 - 2008

ya. baru jaa semangat nak masuk alam remaja.
tengok2 sekolah banjir.. =..=




tapi baguslahh jugak.. semua dapat barang baru.. :P
buku teks baru.. meja baru .. kerusi baru.. semua baru.. HAHA

tapi mulalahh jadi malas belajar.. nakal.. jahat.. suma ada..
kira nak main jaa..
result pon makin down jaa..





tapi nasib baiklahh ada cikgu2 yang x jemu2 menolong..
buat kelas tambahan pada hari cuti.. sedangkan orang2 lain suma rehat bila hari cuti..
bagi nasihat.. bagi kata2 semangat.. bagi motivasi suma..
alhamdulillah x sia-sia segala bnda yg diusahakan.. berjaya dgn cemerlang akhirnya :)





TERIMA KASIH CIKGU-CIKGU
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JITRA


TAHUN 2009 - 2010

ya. first tyme masuk asrama.
mula x senang duduk sebab x bleh buat apa yang suka.. terikat dgn peraturan.. =..=




cikgu cakap kalau nak berjaya semua bnda kena buat sama2.
cikgu cakap kejayaan individu x semanis kejayaan bersama.






ya. sekarang barulahh kami suma paham maksud sebenar UNITY.
syukur alhamdulillah kami semua berjaya cemerlang. :) semuanya berpeluang melanjutkan pelajaran..
tapi penat lelah cikgu-cikgu yang sanggup korban masa, tenaga dan wang ringgit lebih tinggi nilainya jika nak dibandingkan dgn kejayaan kami semua.




TERIMA KASIH CIKGU-CIKGU
MAKTAB RENDAH SAINS MARA MERBOK



tapi sebenarnya tidak semestinya cikgu2 yang mengajar di sekolah sahaja yang patut kita ucapkan "terima kasih" dan "selamat hari guru" =='

semua orang yang pernah memberi ilmu kepada kita juga adalah GURU kepada kita.
tidak kiralah ilmu sekecil zarah atau sebesar gajah pun, asalkan ilmu tuh berguna pada kita, dia tetap GURU kita.


"The best teachers teach from the heart, not from the book." - Author Unknown
 "Teachers, I believe, are the most responsible and important members of society because their professional efforts affect the fate of the earth." - Helen Caldicott


TERIMA KASIH CIKGU
MAAFKAN KAMI CIKGU
HALALKAN ILMU YANG DIBERI CIKGU
DOAKAN KEJAYAAN KAMI CIKGU 
KAMI SAYANG CIKGU

GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA


terima kasih :)