Friday, 20 May 2011

UiTM ARAU, HERE I COME ...

UiTM Arau.
diploma sains.
ya. saya datang 22 mei ini.

cuma tinggal hari ini dan esok saja untuk menghabiskan sisa hari2 terakhir sebagai peng-ONLINE tegar.. :)
ya. ramai kawan2 yang dapat sana.
merekalah yang bnyk bantu saya dulu masa dekat hostel.
merekalah yang bnyk buat saya gelak bagai.
merekalah yang saya makan, mandi dan tidur sama2.

ya. mereka cakap mereka akan bantu saya. susah senang sama2 wehh.
walawehhh.. terharu.. HAHA


yaALLAH. x sabaqnya nak pi sana :D





pilihan benar benar menguji diri saya.
saya bagai terpengaruh dengan kawan2, status kedudukan sebagai pelajar U, kesenangan dan kemudahan di sana, keselesaan belajar selama 3 tahun dan x perlu struggle dalam exam.

sejak saya post kat wall FB yang saya akan ke matrik, ramai kawan2 yang melarang saya ke sana..
depa cakap masuklah UiTM sama2.. boleh jadi macam dulu.. study sama2.. suma bnda buat sekali..
depa cakap matriks nih susah. ya. dan nmpak macam lepasan spm yang bersekolah tapi baju ja lain. peraturan still ketat. x payah lahh.. masuk UiTM laaaa.. :)




ya. pagi tadi sebelum solat subuh, saya buat solat istiqarah.
memohon petunjuk dariNYA.
sebab hanya DIA yang tahu apa yang terbaik untuk saya. :)

keputusan telah dibuat. MUKTAMAD.
tiada siapa yang saya dengar lagi.
kecuali suara hati saya.

saya pilih............................




ya. saya pilih untuk ke matrik.
saya pilih untuk belajar di kolej mara kulim selama setahun. sains hayat.
saya dah nekad. ni lahh keputusan saya..
ya. dah mintak maaf dah dgn kawan2 sebab x ikut depa..
klau ada rezeki nanti melawat hampa suma wehhh :)

depa cakap matrik susah woii.. x pyah laaa..
bnda apa yang x payah wehh.. suma bnda payah.. terpaksa laa kita tempuh klau nak berjaya kan..

depa cakap klau ambik diploma 3 tahun. matrik satu tahun.. kena struggle lagi...
ya memang 3 laa 3 tahun.. maknanya ada 6 sem.. kena jaga pointer elok2 wehh.. tara 2 tahun kat mrsm, maknanya 4 sem pon payah dah nk jaga pointer, macam mana pulakk dgn 6 sem..
ya. biar saya struggle sikit.. x da la saya study rilex2 sangat.. insya-ALLAH saya cuba buat yang terbaik..

ya. dekat kolej mara kulim makan free.. ahha
sedikit sebanyak boleh meringankan beban keluarga..
*cewwahh ayat.. bajet gilaa.. HAHA..

dah berbincang dengan cikgu kaunseling dan cikgu2 yang rapat dgn saya.
ya. KOLEJ MARA KULIM pilihan mereka.
mak ayah pon lebih suka jika saya masih di bawah jagaan MARA..
ya. saya suka bila ada yang suka. saya gembira bila ada yang gembira.

23 mei 2011
KOLEJ MARA KULIM
here I come !!!!

*harap2 dapat nasik ayam dengan kek coklat jugak :))

Monday, 16 May 2011

APPLE OF MY EYE ...

TAHUN 1999

ya.mula2 masuk kelas dah menyampah..
CIKGU GARANG !!
mula laa teryak x mau pi dahh kelas.. bagi alasan macam2.. =..=




awat laa mak hantaq pi tadika cina nih ??? =='


pastu dah dapat ramai kawan baru smgat nk blajaq.. cikgu2 pon makin sporting ja semua..
kat tadika nii lahh start pemulaan hidup.. best gilaaa.. CERBAIKKK !!

kat sini lahh blajaq A,B,C, 1,2,3.. blajaq B.Melayu, B.Inggeris, B.Cina..
sampai la nihh ingat lagi semua B.Cina yg cikgu ajaq tuh..
ok tipu. ingat sikit2 ja  :P

blajaq buat origami, men plasticine, mcm2 lagi laa.. pastu dapat anugerah macam2 :)
*sampai hari nih terror buat origami.. eh, rasa macam Daim bin Yahya (juvana) la pulak :P


TERIMA KASIH CIKGU-CIKGU 
TADIKA BUDI INDAH


TAHUN 2000 - 2005

ya. daftar masuk darjah 1 awal. dapat masuk kelas pertama. :)





hari pertama blajaq jawi.. err blurrrrr ==' .. sbb xpernah blajaq jawi..
sebab dulu kan tadika cina..
ceit.. alasan x munasabah.. XD
kelas KAFA slalu xmau pi.. tiap2 hari takut bila blajaq pendidikan islam.. ustazah garang.. :(


* jadi macam ni lahh lebih kurang.. =..=


bnyk bnda yang jadi selama 6 tahun nihh.. macam2 bnda lawak klau ingat balik..
klau nak tau ce cuba try test tengok kat SINI . sila tekan SINI .
dari xtau apa2 pasai jawi, alhamdulillah la nihh tau la jugak suma tuh.. berjaya dengan cemerlang :)




TERIMA KASIH CIKGU-CIKGU
SEKOLAH KEBANGSAAN SULTAN AHMAD TAJUDDIN


TAHUN 2006 - 2008

ya. baru jaa semangat nak masuk alam remaja.
tengok2 sekolah banjir.. =..=




tapi baguslahh jugak.. semua dapat barang baru.. :P
buku teks baru.. meja baru .. kerusi baru.. semua baru.. HAHA

tapi mulalahh jadi malas belajar.. nakal.. jahat.. suma ada..
kira nak main jaa..
result pon makin down jaa..





tapi nasib baiklahh ada cikgu2 yang x jemu2 menolong..
buat kelas tambahan pada hari cuti.. sedangkan orang2 lain suma rehat bila hari cuti..
bagi nasihat.. bagi kata2 semangat.. bagi motivasi suma..
alhamdulillah x sia-sia segala bnda yg diusahakan.. berjaya dgn cemerlang akhirnya :)





TERIMA KASIH CIKGU-CIKGU
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JITRA


TAHUN 2009 - 2010

ya. first tyme masuk asrama.
mula x senang duduk sebab x bleh buat apa yang suka.. terikat dgn peraturan.. =..=




cikgu cakap kalau nak berjaya semua bnda kena buat sama2.
cikgu cakap kejayaan individu x semanis kejayaan bersama.






ya. sekarang barulahh kami suma paham maksud sebenar UNITY.
syukur alhamdulillah kami semua berjaya cemerlang. :) semuanya berpeluang melanjutkan pelajaran..
tapi penat lelah cikgu-cikgu yang sanggup korban masa, tenaga dan wang ringgit lebih tinggi nilainya jika nak dibandingkan dgn kejayaan kami semua.




TERIMA KASIH CIKGU-CIKGU
MAKTAB RENDAH SAINS MARA MERBOK



tapi sebenarnya tidak semestinya cikgu2 yang mengajar di sekolah sahaja yang patut kita ucapkan "terima kasih" dan "selamat hari guru" =='

semua orang yang pernah memberi ilmu kepada kita juga adalah GURU kepada kita.
tidak kiralah ilmu sekecil zarah atau sebesar gajah pun, asalkan ilmu tuh berguna pada kita, dia tetap GURU kita.


"The best teachers teach from the heart, not from the book." - Author Unknown
 "Teachers, I believe, are the most responsible and important members of society because their professional efforts affect the fate of the earth." - Helen Caldicott


TERIMA KASIH CIKGU
MAAFKAN KAMI CIKGU
HALALKAN ILMU YANG DIBERI CIKGU
DOAKAN KEJAYAAN KAMI CIKGU 
KAMI SAYANG CIKGU

GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA


terima kasih :)


Sunday, 8 May 2011

SAYANG AWAK ...


xmau tulih lebih2.. tgok tajuk pon bleh paham kot noh.. saya sayang awak sangat2 tau.. nak tuju satu lagu kat ehem ehem tersayang.. :">

Wahai wanita
Wanita yang berada di seluruh dunia
Tak kira bangsa, umur atau rupa
Oh asalkan kau wanita
Kau buat ku gila
Bila kau menggoda
Bila kau mengada-ngada
Oh lirikan mata senyuman manisnya
Oh kau buat aku tergoda
Wanita seluruh dunia ku ingin kau tahu
Yang aku cinta kamu semua wahai permaisuriku
Dan walaupun ku tak mampu membahagikan diriku
Kepada wanita seluruh dunia
Lagu ini lagu cinta untuk kamu semua
Untuk kamu semua
Wahai wanita
Adakah kau mengerti apa yang aku kata
Kamu semua adalah inspirasiku bila ku berkarya
Ku tuliskan lagu hanyalah untukmu
Untuk buat hari kau ceria
Dan aku tak kisah mana kau berada
Ku ingin kau dengar ku berkata





"Who ran to help me when I fell, And would some pretty story tell, Or kiss the place to make it well? MY MOTHER." - Ann Taylor
“A MOTHER's love is patient and forgiving when all others are forsaking, it never fails or falters, even though the heart is breaking” - Helen Rice
"I remember my MOTHER's prayers and they have always followed me.  They have clung to me all my life."  - Abraham Lincoln




SELAMAT HARI IBU


Abu Hurairah r.a berkata:
Seorang lelaki datang menemui Rasulullah s.a.w dan bertanya:

“Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”

Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”

Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”

Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ayah kamu.”



terima kasih :)